Skip links

Program Terapi

Gambaran Keseluruhan

Di EAP Malaysia, kami menggunakan pendekatan ABA secara moden dalam memberikan servis kami. Pendekatan ini adalah satu satunya rawatan austisme yang disokong oleh kajian terkawal dan data susulan selepas rawatan. Ia membangunkan pertuturan komunikatif dan isu berkaitan sosial sebanyak 90% diantara mereka yang dirawat. Program ini menghasilkan interaksi sosial yang hampir normal, kemahiran berkomunikasi dan kognitif dari 40% hingga 50% kanak-kanak autisme.

Pilihan Program Terapi Kami

Kami mereka dan memberi program rawatan tingkah laku intensif yang diubah khas untuk anak anda! Disokong oleh pasukan Penyelia Klinikal yang mempunyai gabungan pengalaman klinikal selama 32 tahun, program terapi kami diberi oleh pasukan terapi EAP kami yang mempunyai Ahli Terapi ABA yang berkelayakan dalam sesi 1:1 untuk menggunakan pendekatan ABA.

1. Program Terapi Intensif 1:1

Program terapi kami direka bentuk untuk menyampaikan terapi intensif satu sama satu dalam seminggu.Sebagai sebahagian daripada program ini, EAP Malaysia akan menyediakan pelbagai peringkat penyeliaan, satu pasukan ahli terapi dan bahan terapi yang diperibadikan. Pasukan kami dilengkapi untuk menyediakan terapi di rumah, terapi di pusat terapi, sokongan di sekolah serta sokongan vokasional.

Sepenuh masa:

32 jam setiap minggu
3.5 jam pada waktu pagi (8.30 pagi - 12 tengahari) dan 3 jam pada waktu petang (2.00 petang - 5.00 petang)
Sama ada di rumah sepenuhnya atau separuh pusat terapi/sekolah, separuh masa di rumah

Separuh masa:

15 jam seminggu
3 jam sama ada pada waktu pagi (8.30-11.30 pagi) atau petang (2.00-5.00 petang)
Sama ada di rumah atau di pusat terapi

2. Program Penyeliaan Sahaja

Latihan Ibubapa

Latihan ibubapa mengandungi 4 jam penyeliaan setiap bulan. Penyeliaan akan diadakan setiap dua minggu oleh salah seorang Penyelia EAP kami di Pusat EAP. Dengan model ini, ibubapa akan dilatih untuk bertindak sebagai ahli terapi anak mereka, disamping mengumpulkan bahan terapi sendiri.

Bengkel

Model Bengkel direka bagi individu dan keluarga yang berada di luar daerah atau di luar negara. Penyeliaan diadakan setiap bulan oleh salah seorang Penyelia EAP kami sama ada di Pusat EAP atau di rumah anda. Dengan model ini, keluarga perlu mencari kumpulan terapi sendiri, dan juga mendapatkan bahan terapi sendiri. Keluarga akan mempunyai sokongan secara berterusan daripada Penyelia Kanan setiap dua bulan dan Perunding Antarabangsa BCBA setiap 6 bulan sekali.

Model 2 Minggu

Model ini mengandungi penyeliaan selama 6 jam setiap bulan (dilakukan setiap 2 minggu) bersama perunding melalui telefon pada minggu yang bertentangan untuk memastikan komunikasi dan sokongan secara mingguan. Ramai keluarga mencari dan mengupah ahli terapi mereka sendiri, bahan terapi dan kemudahan yang melibatkan kelengkapan lain dan mainan. Keluarga terus mendapat sokongan Penyelia Kanan setiap dua bulan sekali dan Perunding Antarabangsa BCBA setiap 6 bulan sekali.

Proses Onboarding di Early Autism Project

1. Temujanji Permulaan

2. Pendaftaran

3. Latihan Khusus bagi Keluarga dan Pasukan

4. Terapi Bermula

Hubungi kami untuk mengetahui program yang paling sesuai dengan anak anda.