Skip links

Applied Behavioural Analysis

Apakah Applied Behavioural Analysis (ABA)?

Applied Behavioural Analysis (ABA) adalah rawatan berstandard tinggi bagi gangguan spektrum.

ABA adalah satu satunya rawatan berdasarkan kajian bagi autism dengan hasil bawal hampir 50% kanak-kanak muda yang menerima ABA intesif yang berkualiti dapat mengejar pencapaian umur kanak-kanak normal.

ABA mempunyai lebih 1000 kajian saintifik dan jurnal artikel yang diulas oleh rakan sebaya untuk menyokong keberkesanan rawatan ABA.

40 negeri di Amerika Syarikat mempunyai pembiayaan dari negeri atau liputan insurans untuk rawatan ABA bagi kanak-kanak autisme.

Lihat tentang ABA

Klik di sini untuk menonton

Bagaimana ABA Berfungsi?

ABA adalah berdasarkan prinsip perlaziman operan. Pada asanya, kesan boleh memberi impak dalam meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku seseorang. Kemahiran rumit diajar kepada individu melalui 3 prinsip mudah:

Pembahagian skil rumit

Pasangan bersama tetulang

Memberikan latihan yang cukup

ABA secara terasnya adalah cara pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar sebarang kemahiran di pelbagai peringkat umur. Hakikatnya, kebanyakan kehidupan dipelajari melalui prinsip perlaziman operan dan ABA.

Muat turun Fakta Mengenai ABA dalam:

Mengapa ABA Sangat Efektif?

Program Individu

Autisme adalah gangguan spektrum, jadi ianya adalah amat penting bagi setiap program kanak-kanak direka khas untuk keperluan, umur dan peringkat kemahiran mereka.

Jam Intensif (35 jam seminggu)

Seminggu = 168 jam. Masa lapang = 84 jam (tolak tidur). Jam intensif ABA membantu menubuhkan kemahiran yang bakal muncul dan mengelakkan kanak-kanak berada di dunia mereka sendiri.

Pengajaran Secara Individu

Dalam peringkat awal rawatan, kanak-kanak autisme memerlukan fokus dan perhatian secara penuh untuk memaksimakan potensi mereka.

Intervensi Awal

Minda kanak kanak-masih membesar di tahun tahun awal dan memulakan langkah awal akan mempunyai kebarangkalian untuk menutup jurang.

Bermula dengan Kejayaan

Kemahiran rumit dibahagikan kepada komponen yang lebih kecil untuk menjadikan pembelajaran lebih mudah, mencerminkan pengalaman pembelajaran positif dan meningkatkan keyakinan.

Pendekatan Pengajaran yang Positif

ABA menggunakan pendekatan positif untuk meningkatkan tingkah laku positif dan interaksi sosial, dan mengurangkan tingkah laku tidak tertib.

Pelbagai Peringkat Penyeliaan

Adalah penting bagi kanak-kanak autisme untuk menerima rawatan yang mempunyai kualiti terbaik. Oleh it, setiap peringkat pasukan EAP menerima penyeliaan dan latihan berterusan.

Program Komprehensif

Program EAP ini menggabungkan semua aspek perkembangan termasuklah kemahiran pembelajaran awal, bahasa dan komunikasi, kemahiran sosial dan bermain, kemahiran kehidupan seharian, kemahiran pra akademik dan generalisasi.

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai ABA

Mainkan Video
Mengapa ABA berkesan dalam pengajaran kanak-kanak dengan autisme?
Mainkan Video
Kritikan Analisis Perilaku Terapan (ABA)
Mainkan Video
Bagaimana untuk menggalakkan ucapan pada kanak-kanak dengan autisme?

Kami Menyediakan Perkhidmatan Bertaraf Dunia

Rujukan

Devlin, S., Healy, O., Leader, G. & Hughes, B.M. (2010). Comparison of Behavioral Intervention and Sensory-Integration Therapy in the Treatment of Challenging Behavior. Journal of Autism and Developmental Disorders, 41(10), 1303-1320.

Eikeseth, S., Smith, T., Jahr, E., & Eldevik, S. (2007). Outcome for Children with Autism Who Began Intensive Behavioral Treatment Between Ages 4 and 7. Behavior Modification, 31(3), 264-278.

Eldevik, S., Hastings, R.P., Hughes, J.C., Jahr, E., Eikeseth, S., & Scott, C. (2009). Meta-Analysis of Early Intensive Behavioral Intervention for Children with Autism. Journal of Clinical Child & Adolescent Psychology, 38(3), 439-450.

Howard, J.S., Sparkman, C.R., Cohen, H.G., Green, G., & Stanislaw, H. (2005). A Comparison of Intensive Behavior Analytic and Eclectic Treatments for Young Children with Autism. Research in Developmental Disabilities, 26(4), 359-383.

Lovaas, O.I. (1993). The Development of A Treatment-Research Project for Developmentally Disabled and Autistic Children. Journal of Applied Behavioral Analysis, 26(4), 617-630.

Sallows, G.O. & Graupner, T.D. (2005). Intensive Behavioral Treatment for Children with Autism: Four-Year Outcome and Predictors. American Journal of Mental Retardation, 110(6), 417-438.

Schrek, K.A. & Miller, V.A. (2010). How To Behave Ethically In A World of Fads. Behavioral Interventions, 25(4), 307-324.