Di EAP Malaysia, kami menggunakan pendekatan ABA secara moden dalam memberikan servis kami. Pendekatan ini adalah satu satunya rawatan austisme yang disokong oleh kajian terkawal dan data susulan selepas rawatan. Ia membangunkan pertuturan komunikatif dan isu berkaitan sosial sebanyak 90% diantara mereka yang dirawat. Program ini menghasilkan interaksi sosial yang hampir normal, kemahiran berkomunikasi dan kognitif dari 40% hingga 50% kanak-kanak autisme.
TEMUJANJI PERTAMA
Rancang temujanji pertama anda untuk mengenali lebih lanjut mengenai anak anda dan autisme, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program terapi kami.
Penilaian Diagnosis
Penilaian Diagnosis adalah temujanji berdurasi selama 2 jam,dimana salah seorang ahli Psikologi EAP Malaysia akan memerhati dan bermain bersama kanak-kanak tersebut, dan juga mengadakan sesi temubual bersama ibubapa untuk menentukan sama anda anak anda mempunyai autisme. Alatan yang digunakan untuk Penilaian Diagnosis adalah CARS (Childhood Autism Rating Scale) dan DSM-V (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders). Laporan bertulis akan diberikan kepada anda selepas temujanji.
Pemeriksaan Pertama
Sebelum membuat temu janji pemeriksaan pertama, kanak-kanak tersebut seharusnya telah menerima diagnosis untuk gangguan spektrum autisme daripada doktor di klinik luar. Pemeriksaan pertama adalah temu janji yang berlangsung selama 2 jam, dimana salah seorang Penyelia EAP kami akan memerhati dan bermain dengan kanak-kanak tersebut, sekaligus membincangkan tumbesaran, kekuatan, cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut dan kemudiannya memberikan anda cadangan serta strategi dan program oleh EAP Malaysia yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Laporan bertulis akan diberikan kepada anda selepas temujanji tersebut.
Program Terapi
Kami mereka dan memberi program rawatan tingkah laku intensif yang diubah khas untuk anak anda! Disokong oleh pasukan Penyelia Klinikal yang mempunyai gabungan pengalaman klinikal selama 32 tahun, program terapi kami diberi oleh pasukan terapi EAP kami yang mempunyai Ahli Terapi ABA yang berkelayakan dalam sesi 1:1 untuk menggunakan pendekatan ABA.
PROGRAM SEPENUH MASA
Program Sepenuh Masa
Program Sepenuh Masa direka untuk memberi terapi intensif kepada pesakit secara individu bersama Ahli Terapi selama 35 jam dalam masa seminggu. Sebagai sebahagian daripada program ini, EAP Malaysia akan menyediakan pelbagai peringkat penyeliaan, sekumpulan ahli terapi dan bahan terapi khas bagi individu tersebut. Pasukan kami dilatih untuk menyediakan bahan terapi yang bersesuaian ketika di rumah, pusat, bersama pembantu guru sekolah dan juga sokongan vokasional.
Program Separuh Masa
Program Separuh Masa direka untuk memberi terapi intensif kepada pesakit secara individu bersama Ahli Terapi selama 15 jam. Sebagai sebahagian daripada program ini, EAP akan menyediakan beberapa peringkat penyeliaan, sekumpulan ahli terapi dan bahan terapi khas bagi individu tersebut. Pasukan kami dilatih untuk menyediakan bahan terapi yang bersesuaian ketika di rumah, pusat, bersama pembantu guru sekolah dan juga sokongan vokasional.
PROGRAM PENYELIAAN SAHAJA
Latihan Ibubapa
Latihan ibubapa mengandungi 4 jam penyeliaan setiap bulan. Penyeliaan akan diadakan setiap dua minggu oleh salah seorang Penyelia EAP kami di Pusat EAP. Dengan model ini, ibubapa akan dilatih untuk bertindak sebagai ahli terapi anak mereka, disamping mengumpulkan bahan terapi sendiri.
Bengkel
Model Bengkel direka bagi individu dan keluarga yang berada di luar daerah atau di luar negara. Penyeliaan diadakan setiap bulan oleh salah seorang Penyelia EAP kami sama ada di Pusat EAP atau di rumah anda. Dengan model ini, keluarga perlu mencari kumpulan terapi sendiri, dan juga mendapatkan bahan terapi sendiri. Keluarga akan mempunyai sokongan secara berterusan daripada Penyelia Kanan setiap dua bulan dan Perunding Antarabangsa BCBA setiap 6 bulan sekali.
Model 2 Minggu
Model ini mengandungi penyeliaan selama 6 jam setiap bulan (dilakukan setiap 2 minggu) bersama perunding melalui telefon pada minggu yang bertentangan untuk memastikan komunikasi dan sokongan secara mingguan. Ramai keluarga mencari dan mengupah ahli terapi mereka sendiri, bahan terapi dan kemudahan yang melibatkan kelengkapan lain dan mainan. Keluarga terus mendapat sokongan Penyelia Kanan setiap dua bulan sekali dan Perunding Antarabangsa BCBA setiap 6 bulan sekali.

AKTIVITI DAN KELAS BERKUMPULAN
Kami mengadakan kelas berkumpulan bagi jenis pelajar yang belajar secara berlainan pada setiap penggal di Pusat EAP kami. Kekosongan bagi setiap kelas mungkin berubah mengikut setiap penggal bergantung kepada keperluan kanak-kanak dan keupayaan semasa kami.
Kelas Berkumpulan (Tahun 2020):
- Social Skills Group Class
- Life Skills Group
- Big Boys Club
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas kami dan pendaftaran, sila hubungi kami! Kami juga membawa kanak-kanak kami untuk Lawatan Lapangan dua kali setahun dan menjadi hos bagi acara tahunan Hari Keluarga kami!
SEKOLAH EAP
Pada permulaan tahun 2018, kami telah melancarkan Sekolah EAP secara dalaman untuk kanak-kanak yang berada dibawah program kami. Sesetengah kanak-kanak autisme tidak mampu hadir dan menyesuaikan diri di sekolah harian biasa, dan sekolah EAP diwujudkan agar pelajar kami dapat menyertai dalam struktur pembelajaran berkumpulan dan belajar konsep akademik yang telah dibahagikan dan diringkaskan.

PERKHIDMATAN TAMBAHAN
Penilaian Kemajuan
Kami menyediakan satu standard yang bertaraf antarabangsa untuk menilai kemahiran kognitif, kemahiran bahasa dan kemahiran penyesuaian tingkah laku kanak-kanak.
Kemahiran Kognitif
- Wechsler Pre-School and Primary Scales of Intelligence (WPPSI)
- Wechsler Intelligence Scale for Children – III (WISC)
- The Mullen Scales of Early Learning: AGS Edition
- The Leiter International Performance Scale. Revised: LEITER-R
Kemahiran Bahasa
- Pre-School Language Scale, Fourth Edition (PLS-4) English Edition
Kemahiran Penyesuaian Tingkah Laku
- Vineland Adaptive Behaviour Scales (Vineland-II)
Bengkel Latihan Luar
Bengkel Latihan diadakan bagi sekolah dan organisasi yang mungkin memerlukan sokongan lebihan dan latihan dalam bidang autisme. Topik fokus dalam bengkel latihan terdiri daripada:
- Pengenalan kepada Autisme dan ABA
- Strategi Pengurusan Tingkah Laku
- Pengenalan Latihan Terapi
- Latihan Terapi Lanjutan
- Sokongan di Sekolah
Bengkel Awam EAP
Kami mengadakan Bengkel Awam EAP yang meliputi pelbagai topik berkaitan autisme dua kali setahun. Bengkel ini dibuka kepada orang awam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bengkel Awam kami, anda boleh lihat di laman Acara kami.