Skip links

Apa itu Autisme

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Fakta Mengenai Autisme

Autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.

Autisme muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.


Autisme adalah gangguan spektrum. Ini bermakna bahawa sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan sesetengah di tahap yang tinggi.

Statistik Autisme

Tidak ada punca sebenar autisme, tetapi ada kaitan dengan faktor genetik, persekitaran dan biologi.

1 dalam 44 kanak-kanak (CDC)

Nisbah 4 lelaki kepada 1 perempuan

Mitos Tentang Autisme

Mainkan Video
Bolehkah TV menyebabkan autisme?
Mainkan Video
Adalah individu dengan autisme bersifat agresif?
Mainkan Video
Adalah autisme disebabkan oleh vaksinasi atau kemahiran keibubapaan yang tidak baik?
Mainkan Video
Bukankah individu dengan autisme mempunyai bakat genius?

Aspek-aspek Utama Defisit

Interaksi Sosial dan Komunikasi

Kelakuan Berulang

Rujukan yang Boleh Dimuat Turun

What is Autism & Treatment
Facts & Myths About Autism
Preventing Developmental Delays

Adakah anak saya mempunyai Autisme?

Kenali lebih tentang tanda-tanda awal, lengkapkan M-Chat penilaian diri dan pelajari tentang apa yang perlu diketahui dari Diagnostic Evalution juga ciri-ciri DSM-5.