Skip links

Kerjaya

Anda suka berkerja dengan kanak-kanak? Anda mahu membawa perubahan positif kepada kanak-kanak autisme? Jika YA, kami mahukan anda!

EAP Malaysia sentiasa berkembang dan kami amat menyukai untuk anda menyertai kami dalam misi kami untuk memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada individu autisme dan keluarga mereka!

Ahli Terapi ABA

Deskripsi Kerja

Sebagai Ahli Terapi ABA, anda akan berpeluang untuk berkerja secara langsung bersama kanak-kanak autisme setiap hari! Anda akan berkerja secara individu bersama kanak-kanak, untuk memberikan arahan dan mengajar mereka kemahiran penting kepada pencapaian dan perkembangan keseluruhan mereka! Anda akan menerima latihan intensif dalam prinsip Analisis Perilaku Terapan (ABA) bersama latihan praktikal untuk memberi rawatan kepada individu autisme.

Kelayakan
  • Berminat untuk membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak
  • Berminat dengan kerjaya di dalam bidang autisme
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kerja Sosial, atau bidang pendidikan dan kesihatan mental yang berkaitan.
  • Ceria, bertenaga dan mempunyai semangat berpasukan
  • Bersedia untuk bekerja di sekitar kawasan Lembah Klang dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Boleh memberi komitmen selama setahun minimum

Internship

Deskripsi Kerja

Sebagai pelatih di EAP, anda akan berpeluang untuk berhubung bersama kanak-kanak dan membantu dengan program terapi mereka! Anda juga akan terlibat didalam operasi seharian dan acara yang akan berlaku sepanjang tahun di EAP Malaysia!

Kelayakan
  • Berminat dalam membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak
  • Berminat dalam kerjaya didalam bidang autisme
  • Sedang mengambil sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Muda didalam bidang Psikologi, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau sebarang bidang kesihatan mental yang berkaitan
  • Berkebolehan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (pertuturan dan penulisan)
  • Ceria, bertenaga dan mempunyai semangat berpasukan
  • Boleh memberi komitmen selama 3 bulan minimum

Sertai Pasukan Kami

    Nama Penuh

    Umur

    Nombor Telefon

    Emel

    Kewarganegaraan

    Jawatan kerja

    Ketersediaan
    Ketersediaan

    Adakah anda mempunyai pengalaman terdahulu bekerja dengan kanak-kanak?