MENDIAGNOS KANAK-KANAK DENGAN AUTISME

Ianya sangat penting untuk mengenalpasti tanda-tanda autismel mungkin. Seorang kanak-kanak boleh dibuat diagnosis seawal usia 18 bulan.

PENGESANAN AWAL ADALAH YANG TERBAIK!

Kepentingan pengesanan awal, mengenalpasti simptom dan mendapatkan diagnosis secepat mungkin adalah atas sebab-sebab berikut:

Minda kanak-kanak sedang membesar dan ianya lebih mudah dilenturkan pada usia yang muda. Oleh itu, minda kanak-kanak mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menyesuaikan, mengubah dan mempelajari secara pantas.

Gangguan pertumbuhan tumbesaran adalah lebih kecil diperingkat usia yang muda (e.g. kanak-kanak berusia 3 tahun menunjukkan 2 tahun kelewatan berbanding dengan kanak-kanak berusia 7 tahun yang menunjukkan kelewatan sebanyak 5 tahun). Lebih kecil jurangnya, lebih tinggi peratus untuk mengurangkan kelewatan tersebut.

Tingkah laku yang mencabar kanak-kanak dengan autisme mungkin menunjukkan (contohnya tingkah laku yang berulang-ulang atau mencederakan diri sendiri, atau tingkah laku yang agresif) diamalkan bergantung pada usia kanak-kanak. Lebih muda usianya, lebih pendek jangka masa yang kanak-kanak akan menunjukkan simptom autisme.

BILA DIAGNOSIS DIPERLUKAN?

Jika anak anda menunjukkan sebarang tanda-tanda awal berikut:

  • Tiada ‘baby talk’ atau bebelan/rengekan pada usia 12 bulan.
  • Tidak menunjukkan gerak isyarat (menunjuk, melambai, memegang) dalam masa 12 bulan.
  • Tidak mengeluarkan sebarang perkataan pada usia 16 bulan.
  • Tidak mampu menyambung dua perkataan dalam ayat pada usia 24 bulan.
  • Kehilangan kemahiran bahasa pada sebarang usia Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan (NICHD)
National Institute of Child Health & Human Development (NICHD)
  • Tidak menunjukkan minat pada sesuatu perkara.
  • Tidak menunjukkan gerak balas apabila nama dipanggil.
  • Tidak membawa objek kepada orang dewasa/si penjaga.
  • Tidak melihat kepada objek ketika orang dewasa/si penjaga menunjukkanya.
  • Tidak meniru pergerakan orang dewasa/si penjaga.
Robins, Fein, Barton, & Green, 2001

Anda boleh melakukan pemeriksaan secara sendiri kepada anak anda menggunakan M-CHAT-R:

Senarai Semak Modified untuk Autisme dalam Kanak-kanak, Disemak semula dengan Rujukan (M-CHAT-R / F; Robins, Fein, & Barton, 2009) adalah alat pemeriksaan laporan ibu bapa yang memiliki 2-peringkat untuk menilai risiko Gangguan Spektrum Autisme (ASD). Manakala, M-CHAT-R/F adalah alat penyaringan autisme yang direka untuk mengenalpasti kanak-kanak berusia 16 hingga 30 bulan yang harus menerima penilaian yang lebih teliti untuk kemungkinan tanda-tanda awal Gangguan Spektrum Autisme (ASD) atau kelewatan perkembangan.

Akademi Pediatrik Amerika (AAP) mengesyorkan bahawa semua kanak-kanak dilakukan pemeriksaan khusus autisme pada usia 18 dan 24 bulan, juga dengan pemeriksaan perkembangan yang menyeluruh pada usia 9, 18, dan 24 bulan. M-CHAT-R/F, salah satu alat yang disyorkan AAP, boleh digunakan pada kunjungan kanak-kanak.

Muat turun M-CHAT-R sekarang

APA YANG PERLU DIJANGKA DARIPADA PENILAIAN DIAGNOSTIK

Jika anak anda menunjukkan mana-mana tanda-tanda awal di atas atau gagal M-Chat, ianya adalah penting untuk anda membuat penilaian diagnostik secepat mungkin. Perunding diagnosis kami dari Wisconsin Early Autism Project (WEAP) telah berkongsi beberapa tips berguna yang harus anda perhatikan ketika menerima diagnosis. Ianya adalah:

  • Diagnosis perlu dibuat oleh ahli psikologi, ahli psikiatri, pakar neurologi, doktor pakar perkembangan kanak-kanak, atau pegawai perubatan yang berkelayakan setaraf.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan, diagnosis berdasarkan sejarah dan simptom.
  • Standard Emas untuk diagnosis:
    – Panduan Diagnostik dan Statistik Kesihatan Mental (edisi ke-5) (DSM-5).
  • Alat penilaian Standard Emas:
    – Autism Diagnostic Observation Schedule (ADOS)
    – Autism Diagnostic Interview Revised (ADI-R)
  • Diagnosis menyeluruh mengambil masa kira-kira 2 jam dan termasuk:
    – Pemerhatian anak anda
    – Sesi temu bual yang teliti dengan ibu bapa / penjaga
  • Ia akan melibatkan perbincangan menyeluruh mengenai sejarah perkembangan anak anda.
  • Anda akan menerima laporan terperinci
  • Diagnosis perlu dilakukan seawal symptom menunjukkan laporan diagnosis yang jelas.
  • Ia juga penting untuk diingatkan bahawa Spectrum Disorder: mungkin berada pada tahap lebih tinggi atau lebih mencabar.

KRITERIA DIAGNOSTIK BERDASARKAN DSM-5

Gangguan Spektrum Autisme (ASD) adalah gangguan neurologi yang melibatkan perkembangan lambat atau tidak normal dalam “komunikasi dan interaksi sosial”, dan “minat tertentu, kelakuan berulang atau aktiviti”. Ini adalah gangguan spektrum di mana simptom dan tahap kritikalnya berbeza-beza.dalam ciri-ciri utama bergantung kepada setiap individu. Sypmtom ASD dapat dilihat sebelum berumur 3 tahun.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental 5 (DSM-5) – Standard Emas untuk diagnosis – ASD dicirikan dalam 2 teras:

A) Defisit berterusan dalam komunikasi sosial dan interaksi sosial merentasi pelbagai konteks seperti yang berikut, pada masa kini atau sejarah:
1. Defisit dalam pertukaran sosial-emosi
2. Defisit dalam komunikasi nonverbal (bukan lisan)
3. Defisit dalam membina, memelihara dan memahami hubungan

 

B) Terikat, tingkahlaku yang berulang, minat atau aktiviti, yang ditunjukkan adalah sekurang-kurangnya dua daripada yang berikut, pada masa kini atau sejarah:
1. Pergerakan motor stereotaip atau berulang, penggunaan objek atau ucapan
2. Hanya inginkan perkara yang sama, tidak fleksibel terhadap rutin, atau ritual perilaku dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan.
3. Sangat terhad, minat yang sama sahaja yang tidak biasa dalam intensiti atau fokus.
4. Hyper atau hypo-reactivity kepada persepsi deria atau minat yang luar biasa dalam persekitaran.

C) Simptom harus dapat dilihat dalam tempoh perkembangan awal

D) Simptom-simptom menyebabkan kejejasan yang signifikan secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan, atau lain-lain aspek penting.

Rujukan

American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th ed.). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.

National Institute of Child Health & Human Development (NICHD) (2013). What are the symptoms of Autism Spectrum Disorder (ASD). Retrieved from: http://www.nichd.nih.gov/health/topics/autism/conditioninfo/Pages/symptoms.aspx

Jochebed Isaacs (2014). What is Autism? [Power Point slides].

Robins, D. L., Fein, D., Barton, M. L. & Green, J. A. (2001). The modified checklist for Autism in Toddlers: An initial study investigating the early detection of Autism and Pervasive Developmental Disorders. Journal of Autism and Developmental Disorders 2001, 31(2) 131-144.

Buat temujanji sekarang!

Hubungi kami untuk membuat temujanji!

Hubungi Kami