https://www.youtube.com/watch?v=Af6vWL42VsE&feature=youtu.be
Early Autism Project Malaysia

Selamat Datang

EAP Malaysia ingin mengucapkan kepada anda

SELAMAT TAHUN BARU CINA!

Pusat EAP kedua kini dilancarkan di

THE PARENTHOOD SUNWAY PYRAMID!

PENERBITAN BARU

Kami telah mengeluarkan penerbitan baru, ‘Mengelakkan Kelewatan Perkembangan’. Penerbitan ini adalah untuk semua ibu bapa dan keluarga, untuk memberi strategi mudah untuk mengelakkan kelewatan perkembangan kanak-kanak.

MENGENAI KAMI

Early Autism Project Malaysia (EAP) merupakan perintis dalam rawatan Analisis Perilaku Terapan atau dalam bahasa inggeris, Applied Behavioural Approach (ABA) di Malaysia.

EAP menyediakan rawatan tingkah laku intensif yang komprehensif, menyeluruh dan menunjukkan hampir 50% kanak-kanak dapat bersaing dengan rakan sebaya mereka.

Kini, hampir 70% penuntut kami telah menunjukkan ucapan yang fasih dan 64% dari mereka hadir ke sekolah (sekolah antarabangsa arus perdana, belajar dari rumah & sekolah pendidikan khas).

Ditubuhkan secara rasmi pada September 2006 oleh syarikat induk kami, Wisconsin Early Autism Project, EAP telah memberi impak kepada lebih 400 kanak-kanak dari 30 negara sejak 12 tahun yang lalu.

ADAKAH ANAK SAYA MEMPUNYAI AUTISME?

Mengenalpasti autisme pada peringkat awal adalah lebih baik kerana kajian menunjukkan bahawa hampir 50% kanak-kanak dengan autisme mampu bersaing dengan rakan sebaya jika mereka mendapat rawatan intensif tingkah laku dari usia awal.

Kenali lebih tentang tanda-tanda awal, lengkapkan M-Chat penilaian diri dan pelajari tentang apa yang perlu diketahui dari Diagnostic Evalution juga ciri-ciri DSM-5.

Selanjutnya

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN?

EAP Malaysia menawarkan program rawatan intensif tingkahlaku yang diubah suai mengikut kesesuaian setiap individu autism dengan mengaplikasikan pendekatan Analisis Perilaku Terapan atau Applied Behavioural Analysis (ABA).

Pemeriksaan Awal

Membuat temujanji untuk Penilaian Diagnostik atau Pemeriksaan Awal dengan kami untuk mengenali lebih lanjut tentang anak anda dan autisme, juga untuk mendapatkan info tentang program- program kami!

Program Terapi

Kami mereka dan membuat program rawatan tingkah laku yang intensif secara individu untuk anak anda dalam mod “one-to-one” menggunakan pendekatan Analisis Perilaku Terapan (ABA).

Perkhidmatan Tambahan

Kami juga mengendalikan Penilaian Perkembangan, bengkel latihan untuk sekolah dan Bengkel Awam!

PENDAPAT IBUBAPA MENGENAI KAMI DI EAP

EAP DI MEDIA

PASUKAN EAP KAMI

Kami mementingkan proses pemilihan dan latihan yang teliti bagi memilih individu yang paling sesuai untuk meneruskan nilai teras yang kami lakukan.

Kenali Pasukan EAP Kami!

Bahan bacaan dan acara yang dimuat naik setiap dua minggu!

Baca blog kami

Perlukan lebih maklumat? Kami sedia membantu!

Hubungi Kami