media

[FEATURE ARTICLE] Berita RTM: Program Embrace Autism Bantu Kenali Lebih Dekat Kanak-Kanak Autisme

By April 6, 2019 April 14th, 2019 No Comments

In conjunction with the ‘Embrace Autism’ event at Intermark Mall Kuala Lumpur, co-organised with Dome Cafe Malaysia, Early Autism Project Malaysia was featured in an online article by Berita RTM.

___

Program Embrace Autism Bantu Kenali Lebih Dekat Kanak-Kanak Autisme

Published In: Berita RTM Nasional

Publication Date: 6th April 2019

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, program ‘Embrace Autism’ telah dirasmikan Tunku Puteri Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Program ini merupakan edisi kedua dengan pengisian ceramah daripada 7 pakar pelbagai bidang, yang mengupas pelbagai topik berkaitan autisme.

Selain ceramah, turut diadakan pameran seni dan jualan yang dihasilkan sendiri kanak-kanak autisme.

Program ini adalah kerjasama DOME Cafe bersama Intermark Mall dan EAP Malaysia.

Sementara itu Tunku Kamariah Aminah bertitah program seumpama itu perlu diperbanyakkan lagi di masa hadapan.

Bagi ibu bapa dan mereka yang terlibat program ‘Embrace Autism’ baik bagi membantu keluarga dan masyarakat mengenali dan memahami keadaan kanak-kanak autisme.

Program ini diadakan 2 hari di Intermark Mall di Bukit Bintang, ibu negara.