media

[FEATURE ARTICLE] Astro Awani: Autisme – Jalani Pemeriksaan Anak-Anak Seawal Usia 18 Bulan

By April 6, 2019 April 14th, 2019 No Comments

In conjunction with the ‘Embrace Autism’ event at Intermark Mall Kuala Lumpur, co-organised with Dome Cafe Malaysia, Early Autism Project Malaysia was featured in an online article by Astro Awani.

___

Jalani Pemeriksaan Anak-Anak Seawal Usia 18 Bulan

Published In: Astro Awani Berita

Publication Date: 6th April 2019

KUALA LUMPUR: Lebih awal ibu bapa menyedari dan menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi masalah autisme, maka peluang bagi anak mereka untuk menjalani kehidupan yang baik adalah lebih cerah.

Menurut Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn Bhd (EAP) Jochebed Isaacs, ibu bapa disarankan mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar seawal usia anak 18 bulan bagi mengesan sama ada anak-anak mereka menghidap autisme atau sebaliknya.

 Mengikut kajian, katanya satu daripada 68 kanak-kanak berpotensi didiagnosis menghidap autisme.

“Apa yang penting untuk kita tahu tentang autisme adalah 1 daripada 68 kanak-kanak akan didiagnosis dengan autisme. Maknya, bila-bila masa kita kesan tanda-tanda adalah penting untuk kita berjumpa dengan (pakar) profesional secepat mungkin.

“Diagnosis autisme boleh dilakukan seawal 18 bulan. Jadi apa yang kita harapkan kepada orang awam (khususnya) ibu bapa adakah untuk memantau mild autisme dan perkembangannya. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, adalah penting untuk kita kesan dua perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI pada  program ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia di Intermark Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Turut hadir Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Ketua Pemasaran Dome Café Malaysia, Noraza Yusof.

Program tersebut merupakan kerjasama Dome Café bersama Intermark Mall dan EAP Malaysia, berlandas misi yang sama iaitu untuk meingkatkan penerimaan, kesedaraan dan sokongan masyarakat terhadap kanak-kanak serta orang dewasa mengenai sindrom autisme.

Sementara itu, Presiden Persatuan Terapi Cara Kerja, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim berkata aspek rawatan terhadap anak-anak autisme penting untuk membantu mereka berdikari.

Jelasnya, rawatan boleh dibuat dengan berjumpa pakar Terapi Cara Kerja.

“Sebab Terapi Cara Kerja akan membantu anak-anak membentuk kemampuan untuk berdikari. Bila Terapi Cara Kerja membentuk ia akan merujuk kepada tiga domain kehidupan iaitu dari segi kemampuan untuk berdikari dalam menjaga diri seperti makan, minum, (pergi) tandas, pakai baju dan sebagainya.

“Kedua adalah membentuk potensi skil untuk anak-anak autisme ini belajar dengan cara yang betul dan yang ketiga adalah membentuk dari segi penglibatan sosial mereka dengan boleh bergaul dan melakukan aktiviti sosial,” katanya.