[Feature Article] Utusan Malaysia: Beri Peluang Anak Autisme ke Sekolah Biasa

Jochebed Isaacs, director of Early Autism Project Malaysia giving her thoughts on giving children with autism a chance to attend schools.

---

Beri Peluang Anak Autisme ke Sekolah Biasa

Published in: Utusan Malaysia

Published on: 13th April 2017

Written by: Mariatul Qatiah Zakaria

Beri peluang ke sekolah biasa PERKARA tersebut turut disokong Pengarah EAP, Jochebed Isaacs, agar anak-anak autisme diberi peluang untuk bersama-sama menimba ilmu di sekolah pelajar biasa.

 Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penerimaan mereka terhadap penghidap autisme, EAP telah mengambil inisiatif menganjurkan kempen Paint for Autism. Diadakan dengan kerjasama Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat, kempen tersebut melibatkan lebih 300 peserta yang berkumpul di Sekolah Antarabangsa Help untuk mengecat 81 keping lukisan yang dihasilkan oleh ilustrator tempatan dan juga pengarang buku kanak-kanak, Emila Yusof. 

Menurut Jochebed, aktiviti berkenaan semata-mata ingin memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat hari ini bahawa kanak-kanak ini seharusnya tidak menerima layanan berbeza. 

Katanya, sebagai permulaan, pihaknya akan memberi pendedahan dalam kalangan murid-murid di sekolah antarabangsa itu mengenai autisme dan kemudian bekerjasama pula dengan sekolah kebangsaan dalam pelbagai aktiviti lain. 

"Kami cuba memberi latihan kepada guru-guru sekolah kebangsaan dengan dibantu ibu bapa dalam usaha menempatkan kanak-kanak autisme ini ke sekolah itu satu hari nanti. "Dengan pengetahuan yang ada, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu anak-anak ini kerana walaupun berhadapan masalah dari segi perkembangan mental, mereka masih mempunyai keupayaan intelektual.

 "Tumpuan khusus amat penting bagi memastikan mereka benar-benar boleh berkembang dengan baik dan dapat bergaul dengan rakan-rakan yang lain. "Apa yang kami harapkan, satu hari nanti, kanak-kanak autisme ini mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain dan layak memasuki tahun satu di sekolah rendah," ulasnya. Kata Jochebed, masyarakat juga perlu diberikan pendedahan secukupnya mengenai autisme supaya apabila berhadapan dengan individu ini, mereka tidak akan berasa terkejut dengan perlakuan yang pelik. .